About This Event
🎤 SP VOICE BATTLE 2026 – PERTANDINGAN KARAOKE
“Suara Hang, Pentas Kita!”
Serlahkan bakat nyanyian anda di pentas SP MAI FEST 2026! Mulakan perjalanan dengan satu video nyanyian untuk saringan online dan rebut peluang mara ke separuh akhir serta final secara langsung.
FORMAT PERTANDINGAN
🎬 Saringan Pertama — Online
Hantar satu video nyanyian bagi satu pendaftaran. Penyertaan akan dinilai oleh panel juri untuk memilih peserta yang layak ke separuh akhir.
🎤 Separuh Akhir — Fizikal
📅 Jumaat, 4 Disember 2026
🏆 Final — Fizikal
📅 Sabtu, 5 Disember 2026
📍 Lokasi pertandingan fizikal:
Dataran Zero, Menara Jam Besar Sungai Petani, Kedah.
YURAN PENYERTAAN: RM50 SEORANG
Yuran merangkumi satu penyertaan saringan online dan penyertaan ke separuh akhir serta final sekiranya layak, tanpa bayaran tambahan untuk peringkat seterusnya.
CARA MENYERTAI
-
Lengkapkan pendaftaran dan pembayaran RM50.
-
Sediakan satu video nyanyian untuk saringan online.
-
Hantar video melalui pautan penghantaran yang disediakan oleh penganjur.
-
Nantikan keputusan saringan dan arahan seterusnya daripada urusetia.
MAKLUMAT PENTING
• Satu pendaftaran untuk satu peserta dan satu video.
• Pembelian tiket sahaja tidak melengkapkan penyertaan tanpa penghantaran video.
• Pendaftaran tidak menjamin kelayakan ke separuh akhir atau final.
• Peserta yang layak mesti hadir secara fizikal mengikut jadual pertandingan.
• Panduan rakaman, tarikh tutup penghantaran video dan waktu pertandingan akan dimaklumkan oleh penganjur.
• Penyertaan tertakluk kepada syarat pertandingan.
📲 Pertanyaan dan bantuan pendaftaran:
WhatsApp 011-45290566
Anjuran Gendang Digital sempena SP MAI FEST 2026.
Mai Santai..Mai Bersama..
Location
Location
Menara Jam Besar, Sg. Petani, 916 Jalan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, 08000, Malaysia
Get DirectionAbout Organizer
Share